Ya Allah.. Aku memohon keampunan dari Mu..Sesungguhnya aku hamba yang lemah...
hati aku tersentuh takkala aku memikirkan dosa yang telah aku lakukan..Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini perlukan pertunjuk dari Mu..Allah Yang Maha Kuasa..
Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis ada bersabda yang bermaksud: Barang siapa membiasakan beristighfar, Allah memberi jalan keluar bagi setiap kesempitan, kegembiraan bagi setiap kebimbangan dan Allah memberi rezeki yang tidak dapat dikira. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Setiap anak Adam mempunyai dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa itu ialah mereka yang bertaubat. Dalam sebuah hadis lain dijelaskan bahawa Baginda s.a.w ada bersumpah sesungguhnya baginda memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali. Dalam sebuah hadis lain, baginda menyeru setiap orang agar bertaubat kepada Allah. Baginda bertaubat setiap hari 100 kali.
Muhammad s.a.w yang merupakan seorang nabi dan rasul, maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t bertaubat 100 kali setiap hari. Adakah kita sebagai manusia yang tidak berupaya mengelakkan dosa ini, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan zina itu langsung tidak pernah bertaubat.
Dalam surah an-Nur: 31 terdapat firman Allah yang bermaksud: Taubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang yang beriman, semoga kamu semua berbahagia.
Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan bahawa Allah s.w.t telah berfirman: Wahai anak Adam, selagi engkau memohon dan menghadapkan Daku, Aku akan ampuni semua dosa. Aku tidak peduli banyak atau sedikit. Wahai anak Adam, kalau engkau datang kepada-Ku dengan dosa sebesar isi perut bumi lalu engkau menemuiku, sedangkan engkau tidak pernah menyekutukan Aku dengan sesuatupun, tentu Aku menjumpaimu dengan ampunan sebesar perut bumi pula - hadis riwayat at-Tirmizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan