Isnin, 31 Disember 2012

welcome 2013 :)

syukur alhamdulillah :) .. sekarang kita telah berada di ambang 2013 .. selamat tinggal ambang 2012 .. semua sibuk dengan azam baru kan ?? hehe .. sue pun begitu juga , tapi tak payahlah nak di pampang kepada public biarlah sue ja yang tahu apa azam sue .. semoga tahun 2013 membawa sinar yang cerah kepada kita semua .. semoga juga membawa keberkatan kepada kita semua .. sue harap lembaran yang baru nii memberi kan sue kekutan dalam mengaharungi cabaran dalam hidup sue especially tak lama lagi sue akan menduduki LJM iaitu peperiksaan kejururawatan untuk mendapatkan lesen dan melayakkan diri untuk menjadi STAFFNURSE yang berwibawa untuk semua orang .. insyALLAH :) .. dan bermakna tinggal 3 bulan saja lagi untuk berjuang ... fighting .. 12 JUNE 2013  remeber this date .. tarikh keramat ..

Tahun baru , mesti lah juga umur pun melangkau ke arah angka lain sudah kan .. syukur alhamdulillah .. umur sue pada tahun 2013 ni meningkat dah .. hehe.. 22 tahun dah .. alamak dewasa dah sangat lah .. alhamdulillah .. ibu dan ayah sue pun meningkat dah gak umur .. tahun umur ayah nak masuk 53 tahun ibu pula 52 tahun .. ya ALLAH , panjangkanlh umur kedua orang tua ku , lindungilah kedua org tua ku , murahkanlah rezeki merka . ampunilah dosa kedua org tua ku ya allah .. AMIN .. 

^_________^ huhuhu . . agak lebar senyuman sue dekat situ .. first time dapat wish cham gitu .. thanks my kenny biey :) . . thanks untuk doa semalam .. hehe tak payahlah nak pampangkan doa c bb sue tue .. ;) .. sue pun doakan semoga hubungan sue dgn dia berkekalan , semoga kami dapat harungi masalah2x y belum pasti kunjungnya tiba .. semoga impian dan cita2x kita termabulkan  dan semoga diberikan kesihatan yang bagus (cepat sembuh biey) .. amin .. 








Sabtu, 29 Disember 2012


Salam kepada pembaca yang budiman,

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat. 

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.





Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.


2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.


3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.


4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.


5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118, 



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di

tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap

sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan

Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap

sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa

membacanya ketika hendak tidur Allah SWT akan

memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat

fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang

yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,

pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar

rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat

kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan

mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang,

Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan

dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi

Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam

kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi

pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. ..

Khamis, 27 Disember 2012

12 JUNE 2013

Tarikh keramat bagi kita orang y akan bakal duduk ambil exam besar untuk dapatkan LESEN KEJURURAWATAN .. 

sekarang dah nak sampai penghujung 2012 , cuma tinggal 3 hari lagi untuk melangkah masuk ke ambang 2013 .. korang perasan tak ?? hari semakin cepat sangat berlalu.. masa pun cepat sangat berlalu .. masa untuk kita org berjuang cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi .. masa untuk revision cuma 1 bulan sahaja .. astagfiruallahalazim .. terlalu alpa hambamu ini .. 

2 17 april 2013 , tamatlah sue bergelar STUDENT .. tepat 3 tahun berada dekat MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE KOTA KINABALU .. rasa sedih pulak nak tinggalkan gelaran STUDENT .. 


Selasa, 25 Disember 2012


Allah sedang memakbulkan doamu


“Mengapakah Allah menguji saya dengan semua ini? Saya sentiasa berdoa kepadaNya agar saya dikurniakan kesabaran dan kekuatan, tetapi semakin lama semakin keras pula ujian daripadaNya.. Allahu Akbar… saya bimbang andai saya tak mampu lagi menanggungnya…”  begitu bicara seorang sahabat.

“Sahabatku, mungkin Allah sedang memakbulkan doamu.” Jawab teman karibnya yang sentiasa sabar dan setia bersama di waktu suka dan duka.

“Kamu kata Allah sedang memakbulkan doa saya? Lalu, kenapa ujian ini tidak pernah surut dari hidup saya?”

“Sahabat, bukankah dulu, semasa kita mula-mula disapa tarbiyah, kita pernah sama-sama berdoa semoga Allah membersihkan hati kita, mengampunkan dosa kita dan kita berdoa agar Allah memberi kekuatan supaya kita sentiasa dekat denganNya?” jawab sahabat karibnya lagi

“Memang kita sentiasa berdoa begitu, tetapi apa maksudnya Allah sedang memakbulkan doa-doa kita itu sebagaimana yang kamu katakan tadi?”

“Begini sahabatku, mungkin Allah sedang mengampunkan dosa kita ketika kita bersabar dengan ujian-ujian berat ini. Mungkin Allah sedang membina kekuatan dalam diri kita ketika kita sedang ditimpa musibah ini. 

Dan mungkin juga dengan ujian yang ditimpakan inilah Allah ingin kita sentiasa dekat denganNya. Tidakkah Allah sedang  memakbulkan doa yang pernah kita panjatkan dulu? Namun bukan seperti yang kita bayangkan tetapi dengan cara tersendiri mengikut kebijaksanaan Allah s.w.t.” jelas teman rapat itu lagi.

“Masya Allah… Betul juga kata kamu, saya meminta, maka Allah memakbulkan dengan caraNya, bukan dengan cara yang kita fikirkan… Allahu Akbar, sungguh kerdil kita ini sahabatku…”

Doa, kita selalu mengharapkan doa kita dimakbulkan Allah. Bahkan sering pula ternanti-nanti bilakah doa-doa kita akan dimakbulkanNya.

Jika tidak dapat sebagaimana yang kita fikirkan, selalu sahaja kita menyangka bahawa doa kita tidak diterima sedangkan mungkin sahaja doa-doa kita sedang dimakbulkan dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Pernah saya mendengar sebuah cerita, seorang wanita merasa sudah penat bekerja. Lalu beliau sentiasa berkata : “Aduhai, alangkah indahnya andai aku diberikan duit tanpa perlu bekerja.”.

Tidak lama selepas itu, wanita itu mendapat penyakit barah, maka dengan penyakit yang berat itu, majikannya sudi memberikan wang ehsan setiap bulan sebagai menghargai jasanya kepada syarikat.  Allahu Akbar!  Allah memakbulkan doanya untuk mendapat duit tanpa bekerja dengan memberinya penyakit!

Seorang ibu, selalu marahkan anaknya kerana suka menyepahkan rumah. Setiap kali ada jiran atau tetamu dating ke rumah, beluau akan berkata : “Sejak ada anak ni, rumah saya asyik bersepah sahaja. Bagusnya kalau rumah ini sentiasa bersih dan kemas.”

Lalu tidak lama kemudian, anak kecilnya kembali ke Rahmatullah, maka tiada siapa lagi yang akan menyepahkan rumahnya lagi.

Seorang usahawan sentiasa berdoa kepada Allah agar perniagaannya bertambah maju, lalu pembantunya tiba-tiba berhenti kerja dan ingin memulakan perniagaan sendiri. Di dalam fikiran si usahawan, pasti perniagaannya akan merosot tetapi rupa-rupanya Allah mengurniakan dia dengan seorang pekerja yang lebih baik dari pekerja yang sebelumnya.

Masya Allah, bukankah Allah sedang memakbulkan doanya dengan memberi sedikit ujian agar diberikan kepadanya sesuatu yang lebih baik?

Oleh itu, andai ditimpa ujian atau musibah, ingatilah kembali doa-doa kita sebelum ini. Mungkin ia adalah jalan untuk Allah menjawab doa kita di masa lalu. Bersabarlah dengan ujian dan bersyukurlah dengan kurniaan.

Sentiasa positifkan fikiran bahawa apa jua yang sedang kita alami adalah susunan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan pastinya itu adalah yang terbaik buat diri kita. 

Moga Allah mengurniakan kita yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita... 

Kisah Adam dan Hawa



Pada satu zaman dahulu, ada seorang nabi dan isterinya bernama   Adam dan Hawa.  Mereka tingal di dalam syurga, dalam syurga itu ada banyak makanan tetapi ada satu buah sahaja yang tidak boleh di makan.

Pada satu hari syaitan menipu  Adam dan Hawa dengan berkata, “kalau kamu berdua tidak mahu keluar dari syurga kamu hendaklah makan buah  khuldi ini.”

Kemudian mereka pun makan buah itu. Selepas itu allah s.w.t. mencampak mereka berdua keluar dari syurga.

Mereka telah dicampakkan ke bumi. Kemudian Nabi adam berdoa kepada Allah s.w.t supaya ditemukan dengan Hawa. 

Akhirnya Nabi Adam pun berjumpa semula dengan Hawa di Padang ‘Arafah.

tomato :: cantikkan wajah


Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat sertavitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineralgaram.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Baca Lagi...



SAYANGI KELUARGA
Bahagia seluruh semesta

bermula dari sebuah keluarga

dari titis susu ibu tersayang

terbinalah sungai kasih yang panjang

Tumbuh dari keringat ayah

kita perah pengorbanannya yang melimpah

air matanya mengalir di darah kita

membina semangat dan cita-cita

Rentaslah seribu lautan

kembaralah di serata benua

tak kan kau temui semurni cinta

semurni cinta keluarga

Bila langkah remajamu ditusuk sembilu

kembara dewasamu diamuk nafsu

kenanglah pesan ibu

ingatlah madah ayah:

Kembalilah ke jalan Allah

Tip-tip untuk semua

make me strong :(


Make Me Strong, Ya Allah...


I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges

Nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges


Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong

teringin sangat nak p sini :)








kehidupan selepas mati


Kehidupan selepas mati? (Part 1)

Assalamualaikum....

Ya, maaf kerana kurang meluangkan masa untuk meng'update' blog ini kerana urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sering kali manusia terfikirkan mengenai kehidupan kita selepas mati. Orang kerapkali tidak meyakini tentang kehidupan kita selepas mati.

Bagaimana ketika kita mati?

Ketika kita mati, roh kita akan terbang ke Lauh Mahfuz, jasad kita pula akan ditanam sedalam 7 kaki ke bawah tanah dan bermula dari saat itu, datang Malaikat Ruman, dan kemudiannya Malaikat Munkar dan Nankir menanyakan kita tentang kehidupan kita di dunia.

Ketika kita dapat menjawab dengan benar, maka kubur kita akan diluaskan, diberikan perhiasan yang indah dari syurga. Dilayan baik oleh malaikat. Diberitahu tentang ganjaran yang akan diterima di dalam syurga. Subhanallah...Nikmat Allah SWT yang sungguh besar, Maha Pengasih kepada hambaNya.



Ketika kita menjawab dengan tergagap-gagap, maka seksaan yang keras, malah lebih keras daripada mana-mana seksaan yang pernah dijalankan di dunia. Kubur akan disempitkan sehingga tulang rusuk kanan bertemu dengan tulang rusuk yang kiri. Binatang-binatang yang berbisa seperti ular dan kala jengking akan mematuk dan menyengat kita. Allahuakbar...Allah SWT Maha Adil kepada hamba-Nya yang melakukan maksiat.



Setelah itu, kiamat berlaku. Gunung-ganang semuanya hancur terbelah, ombak lautan meninggi. Tiada lagi yang mampu dikatakan. Semua yang ada di bumi kemudiannya hancur berderai. Tahi-tahi bintang yang banyak, menghentam bumi. Kemudian terdengar sebuah pekikan yang dahsyat, lalu mematikan semua orang yang masih hidup ketika kiamat berlaku.

Kemudian kita kan dibangkitkan. Orang-orang kafir tidak meyakini kebangkitan semula selepas mati, malah dibantah-bantah pula.

'Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan Arsy-Nya di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Jika engkau berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kamu mati" nescaya orang-orang yang kafir itu akan berkata, "Ini hanyalah sihir yang nyata."'

(Surah Hud, Ayat 7)

Ketika ini, masih ada yang ragu-ragu dengan firman Allah SWT ini. Tidakkah kita semua memikirkan betapa senang Allah SWT menciptakan anda semua ketika kita masih tiada dahulu.



Ketika kita semua dibangkitkan, Masya-Allah, berbagai-bagai jenis manusia, ada yang setinggi pohon kepala, ada juga yang seperti kita. Tiada seurat benang yang menutupi badan mereka, kerana itulah digalakkan wanita menyimpan rambut yang panjang untuk menutupi kemaluan. Ketika itu, setiap orang mencari-cari Nabi Muhammad untuk memohon syafaat daripadanya.

Bagi orang-orang mukmin, mereka berada di dalam keadaan selesa & tenang. Langsung tiada riak kegelisahan di muka mereka tetapi sungguh berbeza untuk orang kafir, munafik, dan fasik kerana ketika itu, mereka sungguh kepanasan seperti matahari berada sejengkal daripada kepala mereka.

Insya-Allah, di lain masa pasti bersambung jika umur masih panjang. Insya-Allah

i want this colour :) . . realy like it colour








bila akan berada di tangan ku ?? ku menanti :)




Ahad, 23 Disember 2012

renung-renungkan :)


Orang TUA adalah zaman akan DATANG kita dan KANAK-KANAK adalah zaman masa LALU kita..Jadikan PENGALAMAN masa lalu bagi mempersiapkan DIRI untuk HARI akan datang..."

ASSALAMMUALAIKUM WARGA-WARGA DUNIA SEMUA :) . . 

- syukur alhamdullilah masih lagi kyta di beri peluang untuk terus meneruskan hidup di dunia ini . . :) . . hargailah setiap apa yang kyta lalui di dunia ini .. alhamdulillah .. 

- syukur alhamdulillah , baru2x ini sue dgn kengkawan yang lain suda terima keputusan semester 7 . . keputusan final exam kyta org . . syukur alhamdulilah keputusan sue ok juga :) . . x sangka sue :) . . terima kasih sangat2x dgn org tua sue yang x pena putus2x memberikan doa untuk anaknya , x lupa juga buat my love juga turut berikn sue sokongan untuk sue :) . . thanks to my parents n my biey :) . . 

YA ALLAH , panjangknlah umur kedua org tua ku , berikanlh kesihatan y baik2x untuk mereka berdua , tabahknlh hati mereka untuk melalui liku2x kehidupan mereka , murahkn lh rezeki mereka , lindungilh mereka walau d mna saja mereka berada , ampunilh dosa2x kedua org tua ku ya ALLAH .. aku amat menyayangi kedua orang tua ku .. tanpa merka siapalh aku d dunia ini , tanpa mereka tidak lh aku dapt menjejakkn kaki hingga ke arah sekarang ini ... 

Nabi Sedih Umat Cuai Solat




Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya.
Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bumi.
Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali umatku.”
Rasulullah menangis
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Abu Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.
Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
 Anda mungkin juga meminati:

Suami Jambatan Ke Syurga





Print Friendly
Ayam sudah mula berkokok, mengerakkan hening pagi yang lama membisu. Si suami bangun lalu mengerakkan isterinya.
“Sayang, bangun sayang…dah subuh..kita solat sama-sama jom…”
Si suami berjalan meninggalkan isterinya yg masih terpingga-pinga, masih dibuai mimpi nan indah. Berjalan si suami menuju ke bilik para malaikatnya.
Tombol dipusingkan. Melihat malaikat dan bidadarinya sedang enak tidur, hatinya berat untuk menganggu tidur anaknya itu, tapi mengingatkan pada perintah Tuhannya, dia berjalan pergi pada anak-anaknya. Di usap kepala mereka yg kecil itu. Lalu hatinya berdesis, “nak…besar nanti jadi anak soleh ya… abi dan umi sayang kamu.”
Perlahan-lahan tangan yang kasar itu mengerakkan anak-anak kecil itu. “dah subuh nak….bangun nak…pergi ambil wuduk, kita solat sama-sama. abi tunggu kat luar.”
Bangun anak-anak yang kecil itu meninggalkan selimut mereka. Berjalan separuh sedar menuju ke tandas dan membasuh muka. Mengambil wuduk. persiapkan diri untuk mengikut perbuatan abinya nanti. solat.
Suara yang garau itu dilaungkan ‘Allahuakhbar..’ tangan diangkat, dibawa keduanya ke atas perutnya. Seperti orang yang telah mati diletakkan tangannya.
‘Assalamualaikum wbt….Assalamualaikum wbt….’ tapak tangan mengusapi muka hamba yang berdosa.
Anak kecil lantas terus mengikutinya tanpa sebarang soal. Akalnya masih belum benar mengerti apa yang dilakukan oleh abinya. Cuma diberitahu kita sedang solat. menyembah Tuhan kita, Allah taala.
Tangan diangkat dan dirapatkan, anak kecil cuma mengikut gerakgeri abinya. Si isteri tersenyum manja melihat kedua anak kecilnya itu.
” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu.
Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku.
Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “
Si isteri merasa sayu..hatinya sayu mendengar luahan doa dari seorang hamba yang cintakan Tuhannya, yang merintih kepada-Nya. Hatinya seperti disirami kasturi dari syurga. Setiap patah yang dilafazkan menusuk ke jiwa sanubarinya. Air matanya tertahan untuk tidak gugur lagi.
“Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang isteri yg solehah buat diriku ini.. Aku syukur Ya Tuhan, Engkau berikan seorang ibu yang baik buat anak-anakku ini…
Aku syukur Ya Tuhan, dialah yang akan bersamaku, susah dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu.
Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri, ibubapa dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami saling berkasihsayang keranaMu.
Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi meninggalkan dunia yang fana ini. meninggalkan isteri dan anak-anakku. Engkau peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau lindungilah mereka dari menjadi bahan bakar api nerakaMu. Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan… Ampunkanlah kelalaian diriku selama ini.”
Air mata dari seorg hamba jatuh berderai membasahi bumi. Titisan-titisan taubat dan kecintaan mula luruh. Isterinya sudah tidak tertanggung…pipinya sudah disirami dengan air mata keinsafan. Munajat seorang hamba.
Doa diaminkan…
Suami memandang ke belakang. Entah apa yang dicari. Dia bangun mengorek langkah mendapatkan isterinya, merangkul anak-anak kecilnya.
Tangan isteri dipgg erat. “Sayang…bantu abg untuk bawa keluarga kita ke syurga.”
Tiada kata diucapkan lagi dari bibir si isteri. Air matanya masih belum mahu behenti mengalir. Cuma anggukkan kecil dibuat. Sambil melihat wajah seorang suami dan ayah pada anak-anak mereka.
~tamat…~