Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buatsetiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikandunia dan akhirat. Di antaranya:
1 ...Menyempatkan ... diri ....beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya danmenutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.´ (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairahr.a.)
2. Memperbanyak ....istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.Sabda Nabi s.a.w.:³Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akanmenghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dariarah yang tidak disangka.´ (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa¶i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullahbin Abbas r.a.)
3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malahmenutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:³« dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.´ (Riwayat at-Tirmizi)
4.Sentiasa ... ingat ...Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikepada orang beriman. Firman-Nya:³(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.´ (Ar-Ra¶d: 28)
5.Berbakti ...dan... mendoakan... ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur danditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda:³Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkanumurnya.´ (Riwayat Abu Ya¶ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:³Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah )daripadanya.´ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6 .Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orangsakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:³Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangankamu.´ (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan ...hajat ...orang ... lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,seperti sabda Nabi s.a.w.:³Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya«´ (Riwayat Muslim)
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat
menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkanterlaksananya semua hajat.
9.Buat... kebajikan .... banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:³Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dandisayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkanhati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.´
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.Menjalin .... silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:³Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungis anak-saudaranya.´ (Riwayat Bukhari)
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkaratermasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:³Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.´(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabdakepada Zubair bin al-Awwam:³Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azzawajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepadaorang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allahmenyedikitkan baginya.´(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), jugamempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:³Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaansiang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.´ (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allahberfirman:³Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demisesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.´(Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: ³« danKami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.´ (Ali Imran: 145)
17.Mengamalkan ... zikir ..dan ..bacaan.. ayat... Quran ...tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma¶ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah(ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadisebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah ( Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu " Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang diiringi doa "Ya Allah bukalah hati kami untuk mengenaliMu, bukalah pintu rahmat dan keampunanMu, ya Fattah ya 'Alim. Ada juaga hadis yang menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap padarahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.Berikhtiar... sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikandunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezekidalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik danhalal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:'Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .´ (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda: ³Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.´(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri ³jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.´ (At-Talaq: 2-3)
Anda mungkin juga meminati:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan