syukur alhamdulillah :) .. sekarang kita telah berada di ambang 2013 .. selamat tinggal ambang 2012 .. semua sibuk dengan azam baru kan ?? hehe .. sue pun begitu juga , tapi tak payahlah nak di pampang kepada public biarlah sue ja yang tahu apa azam sue .. semoga tahun 2013 membawa sinar yang cerah kepada kita semua .. semoga juga membawa keberkatan kepada kita semua .. sue harap lembaran yang baru nii memberi kan sue kekutan dalam mengaharungi cabaran dalam hidup sue especially tak lama lagi sue akan menduduki LJM iaitu peperiksaan kejururawatan untuk mendapatkan lesen dan melayakkan diri untuk menjadi STAFFNURSE yang berwibawa untuk semua orang .. insyALLAH :) .. dan bermakna tinggal 3 bulan saja lagi untuk berjuang ... fighting .. 12 JUNE 2013 remeber this date .. tarikh keramat ..
Tahun baru , mesti lah juga umur pun melangkau ke arah angka lain sudah kan .. syukur alhamdulillah .. umur sue pada tahun 2013 ni meningkat dah .. hehe.. 22 tahun dah .. alamak dewasa dah sangat lah .. alhamdulillah .. ibu dan ayah sue pun meningkat dah gak umur .. tahun umur ayah nak masuk 53 tahun ibu pula 52 tahun .. ya ALLAH , panjangkanlh umur kedua orang tua ku , lindungilah kedua org tua ku , murahkanlah rezeki merka . ampunilah dosa kedua org tua ku ya allah .. AMIN ..
^_________^ huhuhu . . agak lebar senyuman sue dekat situ .. first time dapat wish cham gitu .. thanks my kenny biey :) . . thanks untuk doa semalam .. hehe tak payahlah nak pampangkan doa c bb sue tue .. ;) .. sue pun doakan semoga hubungan sue dgn dia berkekalan , semoga kami dapat harungi masalah2x y belum pasti kunjungnya tiba .. semoga impian dan cita2x kita termabulkan dan semoga diberikan kesihatan yang bagus (cepat sembuh biey) .. amin ..
MENGUTIP HARI SILAM, MELAKAR HARI DEPAN.. selagi ada kesungguhan, selagi ada keazaman, selagi ada keyakinan dan selagi ada tindakan, pastinya ada jalan penyelesaian ...
Isnin, 31 Disember 2012
Sabtu, 29 Disember 2012
Salam kepada pembaca yang budiman,
Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.
1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.
Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
1. SURAH ASY SYUARAA': AYAT 95 hingga 118.
2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat: Ayat 25 hingga 44.
4. SURAH AL FURQAN: AYAT 61 hingga 77.
5. SURAH AL MUKMINUN: AYAT 105 hingga 118,
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di
tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan
Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur Allah SWT akan
memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat
fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat
kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang,
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan
dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi
Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'
'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'
Subhanallah. ..
Khamis, 27 Disember 2012
12 JUNE 2013
Tarikh keramat bagi kita orang y akan bakal duduk ambil exam besar untuk dapatkan LESEN KEJURURAWATAN ..
1 sekarang dah nak sampai penghujung 2012 , cuma tinggal 3 hari lagi untuk melangkah masuk ke ambang 2013 .. korang perasan tak ?? hari semakin cepat sangat berlalu.. masa pun cepat sangat berlalu .. masa untuk kita org berjuang cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi .. masa untuk revision cuma 1 bulan sahaja .. astagfiruallahalazim .. terlalu alpa hambamu ini ..
2 17 april 2013 , tamatlah sue bergelar STUDENT .. tepat 3 tahun berada dekat MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE KOTA KINABALU .. rasa sedih pulak nak tinggalkan gelaran STUDENT ..
1 sekarang dah nak sampai penghujung 2012 , cuma tinggal 3 hari lagi untuk melangkah masuk ke ambang 2013 .. korang perasan tak ?? hari semakin cepat sangat berlalu.. masa pun cepat sangat berlalu .. masa untuk kita org berjuang cuma tinggal 4 bulan sahaja lagi .. masa untuk revision cuma 1 bulan sahaja .. astagfiruallahalazim .. terlalu alpa hambamu ini ..
2 17 april 2013 , tamatlah sue bergelar STUDENT .. tepat 3 tahun berada dekat MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE KOTA KINABALU .. rasa sedih pulak nak tinggalkan gelaran STUDENT ..
Selasa, 25 Disember 2012
Allah sedang memakbulkan doamu
“Mengapakah Allah menguji saya dengan semua ini? Saya sentiasa berdoa kepadaNya agar saya dikurniakan kesabaran dan kekuatan, tetapi semakin lama semakin keras pula ujian daripadaNya.. Allahu Akbar… saya bimbang andai saya tak mampu lagi menanggungnya…” begitu bicara seorang sahabat.
“Sahabatku, mungkin Allah sedang memakbulkan doamu.” Jawab teman karibnya yang sentiasa sabar dan setia bersama di waktu suka dan duka.
“Kamu kata Allah sedang memakbulkan doa saya? Lalu, kenapa ujian ini tidak pernah surut dari hidup saya?”
“Sahabat, bukankah dulu, semasa kita mula-mula disapa tarbiyah, kita pernah sama-sama berdoa semoga Allah membersihkan hati kita, mengampunkan dosa kita dan kita berdoa agar Allah memberi kekuatan supaya kita sentiasa dekat denganNya?” jawab sahabat karibnya lagi
“Memang kita sentiasa berdoa begitu, tetapi apa maksudnya Allah sedang memakbulkan doa-doa kita itu sebagaimana yang kamu katakan tadi?”
“Begini sahabatku, mungkin Allah sedang mengampunkan dosa kita ketika kita bersabar dengan ujian-ujian berat ini. Mungkin Allah sedang membina kekuatan dalam diri kita ketika kita sedang ditimpa musibah ini.
Dan mungkin juga dengan ujian yang ditimpakan inilah Allah ingin kita sentiasa dekat denganNya. Tidakkah Allah sedang memakbulkan doa yang pernah kita panjatkan dulu? Namun bukan seperti yang kita bayangkan tetapi dengan cara tersendiri mengikut kebijaksanaan Allah s.w.t.” jelas teman rapat itu lagi.
“Masya Allah… Betul juga kata kamu, saya meminta, maka Allah memakbulkan dengan caraNya, bukan dengan cara yang kita fikirkan… Allahu Akbar, sungguh kerdil kita ini sahabatku…”
Doa, kita selalu mengharapkan doa kita dimakbulkan Allah. Bahkan sering pula ternanti-nanti bilakah doa-doa kita akan dimakbulkanNya.
Jika tidak dapat sebagaimana yang kita fikirkan, selalu sahaja kita menyangka bahawa doa kita tidak diterima sedangkan mungkin sahaja doa-doa kita sedang dimakbulkan dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Pernah saya mendengar sebuah cerita, seorang wanita merasa sudah penat bekerja. Lalu beliau sentiasa berkata : “Aduhai, alangkah indahnya andai aku diberikan duit tanpa perlu bekerja.”.
Tidak lama selepas itu, wanita itu mendapat penyakit barah, maka dengan penyakit yang berat itu, majikannya sudi memberikan wang ehsan setiap bulan sebagai menghargai jasanya kepada syarikat. Allahu Akbar! Allah memakbulkan doanya untuk mendapat duit tanpa bekerja dengan memberinya penyakit!
Seorang ibu, selalu marahkan anaknya kerana suka menyepahkan rumah. Setiap kali ada jiran atau tetamu dating ke rumah, beluau akan berkata : “Sejak ada anak ni, rumah saya asyik bersepah sahaja. Bagusnya kalau rumah ini sentiasa bersih dan kemas.”
Lalu tidak lama kemudian, anak kecilnya kembali ke Rahmatullah, maka tiada siapa lagi yang akan menyepahkan rumahnya lagi.
Seorang usahawan sentiasa berdoa kepada Allah agar perniagaannya bertambah maju, lalu pembantunya tiba-tiba berhenti kerja dan ingin memulakan perniagaan sendiri. Di dalam fikiran si usahawan, pasti perniagaannya akan merosot tetapi rupa-rupanya Allah mengurniakan dia dengan seorang pekerja yang lebih baik dari pekerja yang sebelumnya.
Masya Allah, bukankah Allah sedang memakbulkan doanya dengan memberi sedikit ujian agar diberikan kepadanya sesuatu yang lebih baik?
Oleh itu, andai ditimpa ujian atau musibah, ingatilah kembali doa-doa kita sebelum ini. Mungkin ia adalah jalan untuk Allah menjawab doa kita di masa lalu. Bersabarlah dengan ujian dan bersyukurlah dengan kurniaan.
Sentiasa positifkan fikiran bahawa apa jua yang sedang kita alami adalah susunan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan pastinya itu adalah yang terbaik buat diri kita.
Moga Allah mengurniakan kita yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita...
Kisah Adam dan Hawa
Pada satu zaman dahulu, ada seorang nabi dan isterinya bernama Adam dan Hawa. Mereka tingal di dalam syurga, dalam syurga itu ada banyak makanan tetapi ada satu buah sahaja yang tidak boleh di makan.
Pada satu hari syaitan menipu Adam dan Hawa dengan berkata, “kalau kamu berdua tidak mahu keluar dari syurga kamu hendaklah makan buah khuldi ini.”
Kemudian mereka pun makan buah itu. Selepas itu allah s.w.t. mencampak mereka berdua keluar dari syurga.
Mereka telah dicampakkan ke bumi. Kemudian Nabi adam berdoa kepada Allah s.w.t supaya ditemukan dengan Hawa.
Akhirnya Nabi Adam pun berjumpa semula dengan Hawa di Padang ‘Arafah.
tomato :: cantikkan wajah
Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat sertavitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineralgaram.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Baca Lagi...Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat sertavitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineralgaram.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Anda mungkin juga meminati:
Langgan:
Catatan (Atom)





