Ahad, 23 Disember 2012

Kiamat .. siapa yang tahu kecuali ALLAH S.W.T … Namun kiamat pasti tiba .. adakah anda sudah bersedia ?


Tanda-tanda besar hari kiamat menurut AGAMA ISLAM

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka’abah diserang oleh orang habshah (sudan-etophia-eriteria.  )laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi, (bom nuklear) sekali di timur (Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog) memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

terbaru punya :)

assalamualaikum semua :) . . wah lama dh sue x update blog ni . . bz sesangat lebih2x lagi sue dh nak abis study dh . . insyallah 17 april 2013 sue dh ciap study  . . semoga semuanya berjalan dgn lancar  ) . doakn sue ye kengkawan  . . sekarang ni tengah bz dgn posting. . posting semester 8 ni sue kena post dekat area KLINIK KESIHATAN TAMPARULI , HOSPITAL MESRA ( BUKIT PADANG ) , HOSPITAL QUEEN ELIZIBATH , & HOSPITAL TAMBUNAN  . .  pergh !! 4 tempat hehe . . nasiblah semuanya dekat2x area key-key je kan . . law tak , pening kepala nak packing barang . . . yang paling sue x sabar nak p HOSPITAL MESRA n HOSPITAL TAMBUNAN . .  erm , lepas je posting semester 8 ni sambung lagi dgn posting semester9 untuk posting y terakhir sebelum nak amek LESEN KEJURURAWATAN . . insyallah :) . .sempga semuanya berjalan dgn lancar hendaknya :) ... amin

Sabtu, 3 Mac 2012

assalammualaikum semua

hye semua ... ari ni sue n the genk dh bertolak p destinasi masing2x.. n sue plak d transport p kota marudu.. kyta orang bertolak kul 8am n then sampai kul 10am lebih gtulah .. wah, cantik sangat2x pemandangan sepanjang perjalanan kat kota marudu.. tenang pikiran kyta.. fuh, sampai jak kat rumah tempat stay , selesa rasanya hehehe.. masuk jak kat rumah , aduhaii.. kyta org rehat kejap twus kyta org gotong royong rumah.. sue ambik turn bersihkan ruang dapur .. hehehe.. wangi sangat dapur dy , xtahan hidung kyta org nak menghidunya hehehe.. akhirnya dapur nampak cantik .. sebulan kyta org kat sini .. start 4aribulan 3 n berakhir 7aribulan 4.. ayoyoyo tahan ati , tahan fizikal n mental .. skarang ne kyta org ngah rehat2x ntuk tunggu kena ambik nanti kul 3 ntuk briefing hospital .. penat nya.. mengantuk sangat2x .. mana lagi sue ngah demam .. tersumbat dua2x hidung .. xselesa nak bernafas huhuhu.. mana lagi pekan jauh dari umah .. ne kalilah b'tambah berkurus lh kyta org kat sini... nasib baik posting law x .. fuh.... demi pengalaman.....  doakn qmi erk ..

Sabtu, 18 Februari 2012

المعلنة المباركة الله يا صديقي

.

عيد الشكر الجميلة الفكرية في هذه المرحلة .. الطقس جيدا جدا .. نقدر كل الوقت المتاح بحيث أننا لسنا راضين عن والعقل طائش في أيام أيام من حياتنا، وأننا لا نعرف ما قد يقرره الله .. تذكرنخطط فقط، والله يأمر جميع .. اعشق له، وعبادة الله سبحانه وتعالى .. نعم الله والحمد لله، قدمتدائما التوجيه والتنوير لعبيدك الذين تركوا على الرضوخ وعبادة الآلهة ليا ..

يا الله، فقط كنت أطلب المساعدة .. تقديم الإرشاد والتوجيه لوضع إيمانك لي .. أن لم يتحول إلى الطريقة التي لم يكن لك المباركة .. nauzubillah minzalik، نجني من ما هو مخجل، اللهم احفظني من بين الاقتراحات شر الشيطان بالحجارة

يا الله، أنت كل معرفة ما العبد عندما شعر هذا .. ويسرني وفعل أي شيء إذا كان هذا الحكم حتىمو .. أتوسل إليكم أن الله يا الله، أعطني قيادتكم حتى يتسنى لجميع لتنتهي هذه المعاناة .. أشعر أنني لم يعد قويا بما يكفي لهذا كله إذا كان كل يزال .. يا الله مساعدة عبدك بحيث سعيد إلى أن تكون مملوكة من قبل موظف متواضع ..

Kita kini memasuki bulan Zulhijjah 1432H. Bulan yang mulia lagi berkat ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dalam agama Islamterutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan ini.

Ibnu Kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil ialah hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah SWT akan hamba-Nya daripada neraka lebih daripada hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi ketika mentafsirkan ayat ketiga dari surah al-Buruj yang bermaksud: “Yang menyaksikan ialah hari Arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Banyak hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan Zulhijjah dalam amalan islam ini antaranya, daripada Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahawa Baginda SAW bersabda: “Tiada satu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).”

Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”

Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini, umat Islam dianjur melakukan pelbagai amalan antaranya:

Pertama: Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.

Kedua: berpuasa pada hari berkenaan atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa pada hari Arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawaIbnu ‘Umar dan Abu Hurairah selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai dengan lafaz ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu.”

Keempat: Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba daripada rahmat Allah, manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

Kelima: Memperbanyakkan amalan salih terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya digandakan pada hari berkenaan.

Keenam: Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.

Ketujuh: Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah amalan nabi Allah Ibrahim AS setelah Allah SWT mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Amalan paling agung pada bulan mulia ini ialah menunaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima. Perjalanan rohani ini merupakan satu kewajipan yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat yang ditentukan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran, ayat 97 maksudnya: “Di situ ada tanda keterangan nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.”

Orang yang menunaikan fardu haji merupakan tetamu Allah SWT. Mereka berkorban harta, tenaga dan masa demi menunaikan perintah Allah. Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran haji mabrur.

Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT, ia merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut.


Thursday, October 27, 2011

Zulhijjah : Peluang Kedua Selepas Ramadhan??


DALAM kesibukan menjalankan tugas seharian, sedar atau tidak, sehari lagi kita akan melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah. Dengan ‘inayah dan ri’ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya.Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya. Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.

Di antaranya ialah Kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadhan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.

Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya:
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)
Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2:
Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.

Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.
Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid”. (riwayat al Bukhari)


terapi penyembuhan melalui air

Kebanyakan masalah kesihatan mampu diatasi dengan cara mengamalkan kehidupan yang sihat. 
Tetapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar mengambil berat tentang gaya hidup kita? Dan berapa ramai yang jatuh sakit kerana kemewahan?


Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

Sekiranya kita melihat kepada sifat kondisi tubuh manusia, kita akan mendapati air mempunyai peranan besar kerana sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air.

Dukacitanya, perawatan air mempunyai kesan sampingan akibat penggunaan klorin sedangkan keburukan klorin telah diketahui umum, malah tiada yang dapat memastikan separahmana kesan klorin terhadap manusia.

Selain dari penggunaan klorin yang tinggi, kandungan logam berat dalam air masih kekal. Logam berat ini akan menyebabkan masalah seperti;
 
●
Kesan fizikal (keruh, tekanan darah, saraf gastro intestinal, nafas, mata dan jantung)
●
Sub klinik (immune, kromosom, impulse saraf, keganjilan kromosom)
●
Biokimia (fungsi enzim, membrane sel, metabolisme, lipid, karbohidrat, hormone, DNA)
●
Tetragenesis (kelahiran yang cacat)
●
Mutagenesis (kecacatan gen)
●
Karsinogenesis (kanser)

Walau bagaimanapun, kesan buruk perawatan air ini dapat dielakkan, dan air yang digunakan boleh ditukar menjadi air penawar melalui sistem penapisan air oleh RX water.

  



Khamis, 16 Februari 2012

assalammualaikum semua ..

hy kawan2x semua .. apa khabar korang semua.. semoga kyta semua dalam lindungannya nya amin.. syukur alhamdullilah, kyta masih lagi d berikan kesempatan untuk bernafas d muka bumi ini.. alhamdulilah.. lama dah sue x update blog sue nie, apa x nya sue sibuk sangat2x dalam bulan ni n then sampai bulan 4 .. sekarang ni jak pon kyta orang ngah posting kat mockward kolej kyta org.. fuh penat lh juga.. 3 jam berdiri ntuk praktis procedure2x y bakal kyta orang buat nanti masa kat hospital.. he3x.. n then lepas kyta orang mockward kan , kyta orang ada kelas lagi ntuk ganti masa y terbuang n bagi abis subjek y blom2x g ciap.. ermm penat oo.. tinggal dua minggu lagi kyta orang posting kat mockward kolej , n then 03 APRIL 2012 kyta orang dah bertolak p KOTA MARUDU .. begitu gak ngn kengkawan y lain.. xsabar plak he3x.. kyta orang posting nant sampai bulan 4 .. fuh.. lama gyla .. after this kan , kyta orang posting lagi ntuk SEMESTER 6.. posting tanpa theory.. perhh.. perlu kumpul duit banyk2x ney kan kawan2x babnye kyta orang guna duit sendiri he3x.. xpa2x.. tinggal taun depan g kyta orag nak berjuang tapi tue pon ada lagi perjuangan y lebih besar .. kyta orang akan menduduki peperiksaan LJM .. LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA  tujuannya ntuk layakkan kami dapatkn lesen ntuk kerja .. fuhh.. cabaran2x.. doakn y terbaek ntuk qmi erk hehe.. insyALLAH , law sue lulus LJM ,sue nak p merantau jauh2x nak bawak mak n abah sue.. insyALLAH .. amin ..