Isnin, 31 Oktober 2011

Bagaimana cara sunah Nabi dalam menyambut Aidilfitri?


Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta', bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-'Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi 'Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

AIDIL ADHA PENGORBANAN TERAGUNG " ِ

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ،

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ.

لآ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَاَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحدَهُ.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ مَنَحَ أَحْبَابَهُ حَلاَوَةَ الطَّاعَةِ، وَعَصَمَهُمْ مِنَ اللَّغْوِ وَاللَّهْوِ وَالإِضَاعَةِ، وَدَعَاهُمْ اِلَى حَجِّ بَيْتِهِ فَأَقْبَلُوْا عَلَيْهِ بِالإِسْتِطَاعَةِ، فَنَالُوْا بِذَلِكَ النَّعِيْمَ الْمُقِيْمَ. أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالىَ، حَمْدَ مَنْ حَمِدَ اللهَ، فَأَسْبَغَ عَلَيْهِ جُوْدَهُ وَإِنْعَامَهُ، وَأَشْكُرُهُ شُكْرَ مَنْ أَخْلَصَ للهِ حَجَّهُ فَصَانَ قِيَامَهُ، فَوَقَاهُ اللهُ عَذَابَ الْجَحِيْمِ.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذاَ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ، سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله، إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :


Bermaksud : " Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya " .
( Surah al-Baqarah : 28 )


اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tatapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syarik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t, Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syarik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah. laungan " Allah Akbar " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : " Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah ".

( Surah al-Nasr : 1-3 )
اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ ،

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرِيْكَ لَكَ .

Maksudnya : " Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu " .


َللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ ،

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. khalilul Allah. Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. ini. Hal ini telah rakamkan dalam Al-Quran :



Yang bermaksud : " Maka tak kala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar ".

( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman didalam dada kita dengan sebaiknya. sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.


اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَر، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ،

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya. Firman Allah :


Yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya ? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

( Surah al- Shaf : 10 - 11 )

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

"قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ".

Yang bermaksud : " ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : " Siapakah manusia yang lebih utama ? " maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri, Mereka berkata : siapa kemudian ? bersabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ".

( Hadis Riwayat Bukhari )

KAUM MUSLIMIM DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga, ulama menyatakan :

"وَمَنْ أَرَادَ الصَّلاَحَ وَاْلإِصْلاَحَ وَالْمَجْدَ وَالْعِزَّ بِغَيْرِ جِهَادٍ وَتَضْحِيَّةٍ فَهُوَ حَالِمٌ وَاهِمٌ."

Yang bermaksud : " siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ،


SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKELIAN,

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku juga di negara kita bagaimana kemerdekaan dan keamanan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pergorbanan para pejuang dan pasukan keselamatan kita menentang penjajah dan mempertahankan negara daripada musuh-musuh negara yang kejam seperti pengganas komunis. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ،

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

" مَا تَرَكْتَ لِعِيَالِكَ، تَرَكْتُ لَهُمْ اللهَ وَرَسُوْلَهُ. "

Yang bermaksud : " Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu? " jawab Abu Bakar : " aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya " .
KAUM MUSLIMIM DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :


yang bermaksud : " dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu ) mempersekutukan ( sesuatu yang lain dengan Allah ) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi " .

( Surah Az-Zumar : 65 )


اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ،

KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah, contohnya pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.



Bermaksud : " dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah ، dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik ".

( Surah ali - Imran : 133-134 )

MUSLIMIM MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

HIKMAH DI SEBALIK IBADAH KORBAN DAN MENYAMBUT TAHUN BARU



اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ جَعَلَ الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ جَعَلَ حَجَّ الْبَيْتَ مِنَ الشَّرِيْعَةِ رُكْنًا، وَصَرَّفَ وُجُوْهَنَا إِلَى قِبْلَتِهِ. فَكَانَ ذلِكَ مِنْ نِعَمِهِ الْعُظْمَى. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ خَيْرُ مَنْ طَافَ بِالْبَيْتِ الْعَتِيْقِ ذَاكِرًا أَسْمَآءَ رَبِّهِ الْحُسْنَى. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الْهُدَاةِ الأَكْرَمِيْنَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ. إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hanya dengan bertakwa seseorang itu dapat memelihara dirinya daripada perbuatan lalai dan sia-sia serta melahirkan budi pekerti yang mulia. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang taat hingga keakhir usia.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN,

Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan dua hari yang dianggap memberi makna dan penting bagi kita iaitu sambutan hari raya Aidil Adha dan tahun baru Masihi 2007. Insaya' Allah hari raya akan kita sambut pada 10 zulhijjah 1427 hijrah beramaan 31 Disember 2006. Manakala tahun baru Masihi pada 1 jan 2007, iaitu jatuh pada hari raya kedua.

Pada masa ini umat Islam dari seluruh dunia sedang berhimpunan di padang Arafah, untuk melaksanakan kerja utama dalam ibadah haji. Bagi kita yang tidak pergi menunaikan haj adalah digalakkan supaya kita berpuasa sunat pada 9 zulhijjah ( iaitu esok ) sempena hari wukuf dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah sempena menyambutAidil Adha. .

Ssebagaimana yang kita sedia maklum, ibadah haji merupakan rukun Islam yang ke lima bagi Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat untuk mengerjakan haji, diwajibkan mengerjakan sepertimana yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-nya :


Maksudnya : " Seseungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia ( beribadah kepada Tuhannya ) ialah baitul Allah di Makkah yang barakah dan ( dijadikan ) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya diantaranya ialah) makam nabi Ibrahim. dan sesiapa yang masuk kedalamnya aman tenteranlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi baitul Allah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepada-Nya. dan sesiapa yang kufur ( ingkarkan kewajipan ibadah haji itu ) maka sesungguhnya Allah Maha kaya ( tidak berhajatkan sesuatupun ) dari sekelian mahkluk ".

( Surah ِ Ali – Imran : 96 -97 )


SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN,

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :


Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".

( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ".


( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )


Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah :

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

KAUM MUSLIMIM SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Mmbar khutbah pada hari ini, mengingatkan sidang hadirin sekelian agar sambutan tahun baru 2007 yang jatuh pada hari raya kedua ini, tidak disambut secara berlebihan dan berlawanan dengan roh Aidil Adha. sebaliknya majlis sambutan tahun baru dipenuhi dengan majlis kesyukuran dan doa selamat.


Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".

( Surah Ibrahim : 7 )



بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


































aidiladha 2011

 
assalammualaikum semua he3x.. 5 ari g kyta semua buat semua umat islam .. kyta akn menyambut raya aji.. he3x.. xsedar en , cepat sgt msa berlalu.. apa2x pown selamat menyambut raya aidiladha buat korang semua..

assalammualaikum

assalammualaikum semua ^^ he2x.. saje nak isi blog sue ney.. xde nak bwt ape2x en , so nak isi kebOringan y meLanda diri skg.. alhamdullilah wasa tenang dekat ngn parents sue.. semua masalah sue, sue dapat lupakan.. insyALLAH.. sue cuti seminggu je.. sempena nak anti cuti depavali .. coz mase kyta org koja tym toe depavali jdi xde r cuti.. fuh, trasa sangat2x sakit satu bdn.. nak gerak pown susah.. mata pown xpandai kenyang nk tdo jak ney he3x.. besalah asam garam pwangai student oztel he3x.. nOw dh ciap pOsting.. cuti seminggu ney, sue bz kan diri ngn persiapan ntuk final xzam.. xma g final xzam akn dtg g.. sue harap, sue dapt lanjutkn pengajian sue hinggalah semester 9.. insyallah .. amin.. wish me luck.. ^^ .. xma g semester 5 bermula.. dalm semester 5 ney en, kytaorg stdy abOut baby n then y len tue sue xingt he3x.. xsabar plak nk g maternity.. jauh perjalanan , luas pengetahuan.. itu y bermain d minda sue skg.. makin jauh perjalanan, makin bnyk dugaan, cabaran dalm idOp y sue dapat tempuhi n wasa semua itu.. insyallah sue dapt tempuhi semua tue ngn sabar.. ^^ ..

Sabtu, 29 Oktober 2011

29october2011

yeppy,, kyta org dh chaw dari tawau jam 12.30 ttym toe he3x.. aiyo, kyta org sesat g nak g amek student lai kat hot spring.. ha2x.. ada y sampai termuntah... nasib baek aq tdo tym toe.. xsedr perjalanan kyta org tdie.. tdo punya tdo.. dh sampai kat batu puteh n then sampailah kat umah nenek aq.. jam 6 ptg aq sampai kat uma... penat giler.. namun aq xgak nak tdo awal.. dah terbiasa mata gtue.. bahaya he3x..